Thursday, 24 March 2016

Tips Untuk Kilatkan Kuku Secara Tradisional



Hello Hello Hello :D Haa mesti tunggu tips apa pula yang Eqa nak share hari ni kan? Semua tips-tips Eqa memang senang gila nak maintain. Kalau benda susah-susah ni kompom korang semua malas kan? Sama la kita hehe.. Soooo hari ni kita nak kilatkan kuku yang dah lama kusam tu dengan menggunakan barang-barang yang dah sedia ada dekat rumah. Kalau ini pun korang malas tak tahu la aku nak cakap apa :x 

Barang-barang yang diperlukan:
  1. Satu mangkuk air suam
  2. Lemon
  3. Pengilat kuku 
  4. Vaseline
STEPS

Masukkan jari korang dalam air suam yang dah diletakkan lemon di dalamnya. Biar la dalam 1 minit pun dah okay dah. Lemon ni kalau korang nak tahu..dia adalah agen pemutih yang boleh menanggalkan kotor-kotor dekat jari korang yang dah lama terbiar tu and yang paling best boleh bagi kuku korang kilat yeayyy!!! Kuku tu kena la jaga cantik cantik hokayyy! Ambik lemon tu korang sental dekat kuku and jari sampai agak-agak dah puas dah boleh lap dah dengan towel.



Now dah boleh start untuk buffer your soon to be shiny nails!!! Oh wait! Bila buffer start terus dengan No.2 okay. No.1 tak boleh buffer dekat kuku, nanti rosak. No.1 guna kalau nak shape your nails sahaja!  Buffer No.2 je tahu jangan start No.3 lagi. Jom buffer sama-sama dengan Eqa :D (Eqa gun nail buffer by Body Shop) 



Finish buffer using No.2, rendam sekejap je balik dalam air suam yang TIADA lemon okay!!! Lap bagi kering then sambung balik buffer No.3 & 4.



Habis je pula No.4 tu terus letak vaseline and sapukan rata ke seluruh kuku korang :D Kalau nak sapu  jari-jari semua pun boleh juga..Vaseline ni akan menyerlahkan lagi kekilatan kuku kita yang comel tu hehehe. Barulah nampak kuku kita sihat dan kuat :p 



OMG OMG OMG!!! Cantiknya kuku i!!! Kalau kuku dah cun macam ni barulah syok sikit nak tayang dekat orang kihkihkih.. Kalau rasa macam dah lama kuku dah tak kilat korang sapu je vaseline balik so that nampak kilat! Lagi bagus korang sapu vaseline everytime lepas mandi. Memang sangat amazing kuku korang nanti. Sangatlah HEALTHY and SHINING!!! 

Ada banyak lagi cara yang boleh korang guna but Eqa share yang paling senang untuk korang. Jangan lupa tinggalkan comment XOXO!!!

Follow ig
@eqafakhri
@raisyamudd





















No comments:

Post a Comment