Wednesday, 13 April 2016

Tips Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari


Hi Assalamualaikum darlings :D Ramai tanya macam mana skin Eqa boleh look healthy and glowing cehhh glowing ke hahaha..Sebab orang tanya kan so kita jawab je la hehe.. So this is one of my secret macam mana i keep my skin healthy and glowing!

Most of the time Eqa keluar pergi makan even pergi makan dekat restoran mahal mahal pun Eqa order air kosong je okay! Untunglah suami aku nanti cut cost HAHAHA! Tapi memang lidah ni dah tak masuk sangat air manis. Kawan-kawan Eqa tahu la Eqa tak boleh berpisah dengan air kosong macam mana. Korang pun kena jadi macam tu okay :D

Ramai orang dekat luar sana memang tak suka rasa air kosong kan? Faham sangat! Dulu Eqa pun macam tu juga. Manis je memanjang sampai Eqa pergi check dekat klinik takut kena kencing manis okay! That bad Eqa suka manis!

Btw, tips Eqa memang paling simple and senang nak ikut. Jom try!

8 waktu Eqa minum air kosong:
  1. Bangun je tidur terus minum satu gelas air kosong.
  2. Sebelum mandi minum satu gelas air kosong.
  3. Masuk waktu Subuh minum satu gelas air kosong.
  4. Masuk waktu Zuhur minum satu gelas air kosong.
  5. Masuk waktu Asar minum satu gelas air kosong. 
  6. Masuk waktu Maghrib minum satu gelas air kosong.
  7. Masuk waktu Isya' minum satu gelas air kosong. 
  8. Sebelum tidur minum satu gelas air kosong. 
Haa kan dah cukup 8 gelas air kosong tu! Senang je kan? Kadang-kadang memang kita lupa nak minum so apa yang Eqa suggest, korang set alarm untuk 8 waktu ni okay. Korang boleh tgk differences dekat skin korang kalau rajin minum air kosong seriously! It helps a lot! Selamat mencuba XOXO!!!

Please leave a comment and share :D Jangan lupa follow blog Eqa okay!
Follow IG @eqafakhri and @raisyamudd