Thursday, 21 April 2016

Tips Untuk Menghilangkan Bintik Hitam Di Hidung Instantly




OMG OMG OMG!!!! Happy news guys...ok jap! Salam apa tak terus happy news bagai hahaha! Assalamualaikum semua :D How are you guys doing today? Dekat sini jangan tanya la kan! Obviously tgh happy he he he..

Apa yang happy sangat ni huh Eqa?! Over betul. Hehe sebenarnya tadi masa sambil buat kerja dok godek godek la muka ni macam biasa la kan tangan kita ni mana reti duduk diam. So masa dok rasa rasa muka ni rasa benda yang TAK patut rasa weh! Alaaaa apa pula kasar-kasar ni dekat hidung! Hmm blackheads (bintik hitam) oh sedih gila! Rasa kasar sangat hidung macam kertas pasir bluekk tak suka!

Bila dah tak suka mesti la cari jalan bagi suka balik kan? So tangan pun start la mencari Mr.Google and......JUMPA!!! Tips yang straight forward and boleh terus apply dekat rumah kalau korang ada;

  1. Baking Soda
  2. Ubat gigi (bukan gel)
  3. Berus gigi
Steps

  1. Letak satu sudu kecik baking soda dalam mangkuk.
  2. Campurkan baking soda dengan ubat gigi. Ubat gigi tu letak amount sama macam kita nak berus gigi. Yes letak terus dekat berus gigi. 
  3. Masukkan satu sudu air kosong or paip.
  4. Gaul jadikan macam paste. 
  5. Menggunakan berus gigi berus slow-slow dekat hidung yang ada bintik-bintik hitam tu. Jangan gosok kuat sangat nanti sakit. 
  6. Biarkan dalam 3 minit and then basuh.
Ahhhmazing beb rasa hidung lepas buat benda alah ni! Rasa licin je kan? And less bintik hitam yeayyy!!! Ada orang tanya Eqa macam mana nak hilangkan bintik hitam before ni tapi tak tahu sangat sebab bintik hitam Eqa macam takde la teruk. Bila dah kasar macam kertas pasir baru lah sibuk cari jalan kan! Ini lah manusia hahaha..

So that's all for today! Please don't forget to follow my blog, share and leave me a comment okay XOXO!!!

Follow IG @eqafakhri dan @raisyamudd